Wednesday, October 11, 2017

Peranan diksi dan analisis jenis ayat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 Pengertian, Fungsi dan Peranan Diksi dan analisis jenis ayat

            Diksi merupakan pilihan kata yang tepat dan selaras dalam penggunaanya untuk mengungkapkan gagasan sehingga diperolehi efek tertentu. Terdapat beberapa fungsi diksi, iaitu membuat orang yang membaca ataupun mendengar menjadi lebih faham mengenai apa yang ingin disampaikan oleh pengarang. Fungi seterusnya adalah melambangkan ekspresi yang ada dalam gagasan dan membentuk ekspresi dalam gagasan secara penulisan atau pertuturan.  

          Terdapat beberapa jenis-jenis diksi, iaitu sinonim, antonim, polisemi, homograf, homofon, homonym, hiponim dan hipernim.
Jenis2 ayat…. 

          Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan tujuan pengujaran ayat atau fungsi ayat itu, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Keempat-empat jenis ayat ini juga mempunyai ayat khusus.

Ayat penyata
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Menurut buku Teks Lengkap Tatabahasa Bahasa Melayu STPM, ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk menyatakan sesuatu penyataan atau memberikan keterangan tentang sesuatu. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat ini juga diujarkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas sama ada yang bersifat kebahasan atau ayat yang bersifat perbuatan. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Ayat penyata ialah ayat ayat yang diujarkan untuk menyatakan sesuatu, dalam lisan, ayat ini diakhiri dengan  intonasi suara yang menurun sebelum kesenyapan. Manakala, di dalam tulisan pula ayat penyata diakhiri oleh tanda noktah.
Contoh ayat  penyata:
(a) Dia penyanyi popular
(c) Itu bangunan KLCC
(b) Cermin Arissa pecah
(d) Kes itu dianggap selesai

Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Tanda soal (?) diletakkan di belakang soalan dalam penulisan, manakala dalam lisan ayat tanya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Ayat tanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu ayat tanya berdasarkan struktur dan ayat tanya berdasarkan jawapan yang dikehendaki. Terdapat dua jenis ayat tanya berdasarkan struktur iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya.
i)  Ayat tanya tanpa kata tanya
Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat tanya yang terbentuk daripada ayat penyata tetapi diberikan intonasi tanya. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?).
Contoh:
(a) Harith tidak hadir ke sekolah hari ini?
(c) Cikgu Rina tak beri sebarang tugasan hari ini?

(b) Awak pakai baju apa esok?
(d) Ibu bapa awak ada di rumah?

Ayat tanya jenis ini boleh disertai partikel tanya –kah tetapi tidak boleh diletakkan pada hujung ayat. Fungsi partikel –kah adalah untuk mementingkan predikat, maka predikat dikedepankan dan ayat yang terhasil ialah ayat songsang.
Contoh:
(a)  Dia mahu pergi ke mana?
(c) Baju saya ini cantik?
       Dia mahu pergi ke manakah?
      Baju saya ini cantikkah?
(b) Abang hendak pergi bekerja sekarang juga?
(d) Minggu lepas awak ke Terengganu?
     Abang hendak pergi bekerja sekarang jugakah?
      Minggu lepas awak ke Terengganukah?

Ayat dia mahu pergi ke manakah? berubah menjadi ke manakah dia mahu pergi?. Frasa ke manakah merupakan konstituen yang didepankan, iaitu mendahului konstituen subjek dia.
Konstituen yang dijadikan fokus diikuti oleh –kah + subjek + unsur predikat lain (jika ada)
Konstituen yang dijadikan fokus + -kah
Subjek
Unsur predikat lain (jika ada)
Mahu pergi manakah
dia?

Cantikkah
baju saya ini?

Sekarang jugakah
abang
hendak pergi bekerja?
Ke Terengganukah
awak
minggu lepas?

Ayat-ayat di atas telah mengalami proses pendepanan konstituen predikat dan bahagian-bahagiannya. Subjek tidak boleh mengalami proses mengalami proses pendepanan dengan partikel –kah.
Terdapat beberapa ayat yang subjeknya kelihatan mengalami pendepanan dengan partikel –kah dan merupakan ayat songsang hasil daripada proses ini.
(a) Puan Sitikah pengetua baru sekolah itu?
(c) Orang tua itukah bapanya?
Pengetua baru sekolah itu Puan Siti.
Bapanya orang tua itu. 
(b) Rafikah nama pelajar baru itu?
(d) Cikgu Arifkah bapa tirinya?
Nama pelajar itu Rafi.
Bapa tirinya cikgu Arif.

Terdapat juga ayat-ayat yang mengandungi kata hubung relatif yang yang kelihatan mengalami pendepanan dengan partikel –kah dan merupakan ayat songsang hasil daripada proses pendepanan predikat.
(a) Gadis siapakah yang cantik itu?
(c) Diakah yang ke hospital?
Yang cantik itu gadis siapa.
Yang ke hospital dia.
(b) Merekakah yang bertolak pagi tadi?
(d) Banglo yang besar inikah rumah Tasha?
Yang bertolak pagi tadi mereka.
Yang besar ini rumah Tasha banglo.

Demikian juga bagi ayat pasif. Ayat pasif ialah ayat yang dapat memberikan penekanan terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek tidak perlu dinyatakan.
Ayat + ayat songsang
Ayat + kata hubung relatif yang
(a) Buku itu ditulis oleh Asmah Hj Omar.
(b) Yang ditulis oleh Asmah Hj Omar buku itu.
      Buku itu ditulis oleh Asmah Hj Omar?
     Buku itukah yang ditulis oleh Asmah Hj   Omar?
      Ditulis oleh Asmah Hj Omarkah buku itu?
      Yang ditulis oleh Asmah Hj Omarkah buku itu?

Kesemua ayat yang disenaraikan di atas merupakan ayat tanya tanpa kata tanya. Setiap ayat tanya yang diajukan, boleh dijawab dengan jawapan ya, tidak, atau bukan.
Soalan
Jawapan
(a)  Harraz anak kepada cikgu Rosnah?
Bukan, Harraz anak kepada Puan Fathiah.
(b) Awak suka saya?
Ya, saya suka awak.
(c) Cantikkah alat solek saya ini?
Tidak, alat solek awak tidak cantik.

ii) Ayat tanya dengan unsur tanya
Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat tanya yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Terdapat tiga golongan ayat tanya dengan unsur tanya iaitu ayat tanya dengan kata tanya, ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya.
(a) Ayat tanya dengan kata tanya
Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang mengandungi kata tanya seperti berapa, bagaimana, bila, mengapa dan kenapa.
Ayat di bawah menunjukkan susunan biasa kata tanya yang menduduki unsur predikat dan lazimnya mengalami proses pendepanan untuk membentuk ayat di bawah, manakala ayat yang ketiga perlu diletakkan partikel –kah bagi membentuk bahasa tulisan
(i)    Harga ikan ini satu kilo berapa?
Berapa harga ikan ini satu kilo?
Berapakah harga ikan ini satu kilo?
(ii)   Cara untuk lulus peperiksaan bagaimana?
Bagaimana cara untuk lulus peperiksaan?
Bagaimanakah cara untuk lulus peperiksaan?
(iii)   Awak nak pergi Jepun bila?
Bila awak nak pergi Jepun?
Bilakah awak nak pergi Jepun?
(iv)   Kakak tidak terima lamaran Haziq mengapa?
Mengapa kakak tidak terima lamaran Haziq?
Mengapakah kakak tidak terima lamaran Haziq?
(v)    Awak tak suka membaca kenapa?
Kenapa awak tak suka membaca?
Kenapakah awak tak suka membaca?

(b) Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya
Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa dan mana. Bentuk ini boleh mengalami proses pendepanan predikat. Kedua-dua ayat ini merupakan bentuk bahasa lisan. Ayat ketiga pula menunjukkan bahawa ayat-ayat tersebut menerima partikel –kah pada unsur yang dikedepankan.
(a) Tajuk buku itu apa?
(c) Rumah awak mana?
Apa tajuk buku itu?
Mana rumah awak?
Apakah tajuk buku itu?
Manakah rumah awak?
(b) Nama awak siapa

Siapa nama awak?

Siapakah nama awak?


Walaupun begitu, ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya ini boleh juga wujud dalam ayat pasif.
(a) Apakah yang perlu saya lakukan?
(b) Siapakah yang mencurigakan itu?
(c) Manakah yang harus saya beli?

(c) Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya
Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang didahului oleh frasa sendi nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila dan sebagainya. Frasa sendi nama tanya ini hadir dalam predikat. Manakala, ayat kedua menunjukkan proses pendepanan predikat partikel –kah.
(a) Zhairul hendak pergi ke mana?
(c) Awak nak menunggu Anis sampai bila?
Ke manakah Zhairul hendak pergi?
Sampai bilakah awak nak menunggu Anis?
(b) Awak tinggal di rumah ini sejak bila?
(d) Bas itu datang dari mana?
Sejak bilakah awak tinggal di rumah ini?
Dari manakah bas itu datang?

Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan takut, marah, gembira, benci, sakit dan sebagainya.
1-      Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
2-      Ayat seruan didahului dengan kata seru wah, amboi, cis, aduh dan sebagainya.
Wah, besarnya rumah awak!
Aduh, sakitnya kaki aku!
Cis, berani kau mempersendakan aku!
Oh, saya lupa esok peperiksaan!

Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah pula digunakan untuk memberi perintah, suruhan, ajakan, menyatakan keinginan, harapan dan larangan untuk melakukan sesuatu. Ayat perintah memerlukan gerak balas daripada pendengar dan gerak balas itu berupa tindakan. Selain itu, ayat ini juga digunakan untuk mengungkapkan keinginan penutur bagi mempengaruhi pendengar agar melakukan sesuatu. Terdapat  empat jenis ayat perintah iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat  permintaan.

(a)     Ayat suruhan
Ayat suruhan ialah ayat yang memberikan arahan. Ayat ini  menghendaki orang kedua melakukan sesuatu.
Makanlah sarapan ini dahulu.
Baca doa sebelum makan.
Kamu siapkan latihan itu cepat
Panggil pelajar itu segera

(b)  Ayat silaan
Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya, digunakan pada permulaan ayat.
Jemput makan juadah ini.
Sila buka kasut sebelum masuk masjid.
Sila pakai tali pinggang keledar.
Jemput menjamu selera.

Ayat silaan ini boleh dilembutkan dengan menggunakan partikel penegas –lah.
Silalah datang ke rumah terbuka saya esok.
Jemputlah masuk.

(c)  Ayat larangan
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.

Jangan buang sampah merata-rata.
Kau tak usah datang lagi.
Usah bermain api.
Jangan ambil buku itu.

(d)  Ayat permintaan
Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Minta ketua kelas datang ke hadapan.
Tolong hantar buku karangan esok.
Minta kamu semua bersurai.
Tolong senyap semasa peperiksaan sedang dijalankan.

Tambahan
Ayat silaan dan ayat permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana dalam jenis ayat larangan. Oleh sebab itu, contoh ayat di jadual bawah tidak dianggap betul.

Sila jangan merokok
Tolong jangan buang sampah di sini
*Jangan merokok
*Jangan buang sampah di sini
Minta jangan bergaduh

*Jangan bergaduh


Rumusan
            Kesimpulannya, analisis jenis ayat ini dapat membantu kita membuat satu penulisan yang dramatis. Penulis dan penutur dapat membezakan penggunaan sesuatu ayat dengan betul dengan hanya melihat ayat cara ayat itu dituturkan atau melalui penulisan. Oleh itu, kefahaman dalam memahami jenis ayat ini adalah sangat penting kerana pengetahuan yang tinggi dalam pembinaan ayat dapat menjadikan seseorang itu sebagai seorang yang berilmu.

Rujukan
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga. 2013. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Khair Mohd Nor. Teks Lengkap Tatabahasa Bahasa Melayu STPM. 2017. Selangor :

Pustaka Salam Sdn. Bhd. 

Peranan diksi dan analisis jenis ayat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera   Pengertian, Fungsi dan Peranan Diksi dan analisis jenis ayat             Diksi merupakan pil...